Atas permintaan satu orang budak nakal ni, aku update la juga blog ni walaupun tiada sebarang progress yang besar degan persiapan perkahwinan.
- Perkahwinan sekarang ialah 3hb Jun 2012. Tapi mungkin akan ditangguh sebab dengar kabarnya general election is on that date. Jadi dewan yang aku mahu sewa tu dorang akan pakai, which is very selfish of them even aku yang booking dulu. Itu dewan yang paling size besar di Sandakan. So sekarang 50-50 la sebab date tu pun belum confirm election tapi banyak lah orang kuat politik said so. Jadiiii, kalau tajadi kahwin June, aku akan kahwin in August *tarikrambutlajulaju*
- Oleh kerana tarikh perkahwinan hanya boleh diconfirmkan sebulan sebelum 3jun2012, maka kad kahwin akan siap lambat lah begitu, mana bisa aku bikin awal-awal kan. Jadi kalau kad kahwin lambat, kawan yang jauh-jauh pun susah juga mahu datang begitu *tarikrambutpakaiduatangan*
- Walaupun tarikh perkahwinan begitu tidak dapat diconfirmkan, majlis hantaran akan tetap berlangsung pada 7hb April 2012 okay? Ok!
- Sehubungan dengan itu, kakak tempat aku booking hias dulang tu semalam sudah bagi quotation. Oh ya, haritu aku iya-iya mau bikin sendiri kan. Lepas jumpa kakak ni di facebook (thanks facebook ada juga gunanya kau ni), aku dapati caj nya murah berbanding orang lain. Dan dia boleh design ikut permintaan ku, cuma mungkin lebih cantik dan kemas dari aku buat sendiri. Dulang dari Jay pun aku minta kakak ni hiaskan sekali so tapayah family Jay susah-susah bawa dulang berhias sejauh dari Lahad Datu ke Sandakan which take 2 and a half hours drive. Jadi aku kena bagi deposit sebelum 9 March 2012.
- Aku tetap akan kursus kahwin pada 17 & 18 March 2012. Biarlah bila-bila pun aku kahwin tahun depan ka tahun naga ka kuda ka.
- Aku tasabar mahu kahwin sebabnya kalau kahwin kurang sikit bebanan ni. Macam ada perkara yang belum selesai. kalau kahwin boleh move on ke peringkat yang seterusnya macam hias rumah kah apa ka beli mesin basuh yang pintunya di bawah kah. Just mahu settle down cepat dari life yang hectic ni. Tapi apapun aku go with the flow saja lah.
Until then.
Love,
Cinoi xo
No comments:
Post a Comment