Wednesday, August 1, 2012

August is here.

 

 

Crayyzehhh right. 24 days to go mann!! I am excited and nervous as well. Ya Allah permudahkanlah semuanya.

 

So last July 21st, Jay pergi fitting baju kot nya. For 2nd time. Dan banyak kena alter, kena kurangkan, especially bahagian pinggang, kena kurangkan lagi 2inci. Jay mahu kot ikut badan kan. Ehem.IMG-20120721-00829

Sedikit sebanyak semuanya sudah siap.

Marilah kita review sikit-sikit checklist, generally.

Majlis Nikah

  1. Makan, checked! Caterer sudah confirm. Kuihmuih order.
  2. Baju nikah, in progress. Tailor ku sedang kerja keras ni sekarang. Ehhe. Tailor cum MUA.
  3. Inai di jari  - belum beli
  4. Bunga telur – sudah beli tinggal isi telurnya, tradisional way ya bagi telur
  5. Bekas Bunga telur khas untuk para perenjis yang menepung tawar (eh betulka tu namanya), 14nos, BELUM BELI
  6. Gift untuk para perenjis yang menepung tawar(Kain Pelikat untuk lelaki, Kain Batik Sarung untuk perempuan) sudah dibeli, paper bag nya sahaja yang belum.
  7. Kompang (Mom and Dad yang urus, setel kot ehehe)
  8. Cincin kahwin –sudah laamaaaaaa dulu lagi beli hahaha semangatan.
  9. Pelamin sudah book. (belum habis bincang style)

Jadi untuk nikah aku belum beli Bekas Bunga Telur Khas 14nos, Paperbag (yang muat kain gift and bunga telur) 14nos, Inai.

Majlis Resepsi Di Dewan

  1. Dewan setel. Meja setel. Kerusi tak setel, kurang kerusi untuk disewa sebab banyak sangat majlis di Sandakan waktu tu ceit! Hopefully katerer ku dapat setel perkara ni cepat.
  2. Pelamin sudah book. Orang yang sama dengan katerer. Tapi belum habis bincang style. Dia bikin sekali deco meja, dewan, altar runway tu, etc.
  3. Makan, sudah book, katerer.
  4. Doorgift, tinggal beli reben yang kurang dan isi-isi nya. Time raya baru buat.
  5. Deco wedding guestbook table masih lagi belum beli barang, photobooth deco belum siap hahaha, helium balloons sudah order, full payment so takpayah fikir lagi, malas deposit-deposit ni, nanti habis duit fikir full payment lagi, so baik bayar awal-awal.
  6. Baju 2 persalinan, sedang berusaha disiapkan oleh tailor cum MUA ku.
  7. Kek, sudah booking, tapi belum bincang perisa. Ada 4 perisa ni, apa perisa kamu mahu makan? Kek ku 4 perisa boleh vote lah perisa apa best okay.
  8. Kuih muih order.

Nah, tidak sudah banyak benda perlu disetelkan kan. Dan perkara yang paling penting sekali ialah KAD JEMPUTAN. This one is crazy harini baru siap printing. HAHAHAH. Aku and Jay brainstorm, and dia buat bahagian designing, pilih font ialah perkara yang paling susah HAAHAH peliknya. Ada sedikit hiccups dalam printing kad ni. Alhamdulillah setel. InsyaAllah selepas hari ini, boleh sudah edar kad. He ho he ho.

Ada apa-apa lagi kah yang aku lupa ya? Komen lah kasi ingat aku mana tahu ada apa-apa yang aku lupa.

24jam sehari ku aku kena fully utilise. Kerja di office. Kerja HERBALIFE. Kerja KAHWIN. Dan diiringi dengan semua itu ialah doa, syukur dan puji kepada Allah s.w.t. Semoga semuanya berjalan lancar. I am happy that I occupied my time with all these, tiada masa untuk bersedih dengan hidup, juga tidak juga terlalu gembira, stress tu ada, gila kah tak ada. But I have fun though.

Thanks for reading love.

Jangan lupa juga singgah-singgah http://www.cinoi.com/ okayy.

 

Love,

Cinoi xo