38 days to the engagement
Kemarin, Alhamdulillah, kami sudah pun membeli kain untuk dibuat baju yang dipakai time tunang nanti. Yeay!! Cewaahh ayat. Sebenarnya aku rasa awkward gila menulis ni knowing that no one will read this until someday when i decide to make this blog public. Ha ha. Apa-apa la Cinoi. Dan sebenarnya aku belum pun bagitau Encik Jay tentang kehadiran blog ni, surprise konon.
Ok. termasuk kemarin ada 3 kali suda mungkin kami ke Jakel. Finally kemarin baru beli betul-betul. Banyak pilihan. Aku pilih chiffon beaded warna tiffany blue yang memang datang 1 kayu. Means 1 kayu tu 4 meter sahaja.
1 set ada chiffon beaded 4m, satin lining 4m dan satin untuk buat baju melayu lelaki 4.5m. Walaupun harganya agak tinggi juga bagi aku, tapi puas hati, kan Encik Jay. Lagipun Encik Jay cakap, bertunang ni sekali saja seumur hidup. Baiklah! Hilang terus rasa bersalah membeli kain mahal.
Kain sudah dibeli. Tempat menjahit belum decide lagi. Petang ni lepas kerja aku & Encik Jay plan mau survey kedai-kedai dan harga upah jahitan di KK Plaza. Lagipun kan aku mau tambah manik warna pink atas kain tu. Sebab mau tema biru pink konon. Encik Jay akan pakai samping kaler putih pink. Selendang aku putih pink. So untuk kasi nampak sedikit lagi pink, aku berhasrat mahu tambah manik pink di atas kain chiffon beaded tersebut.
Aku sebenarnya takut juga upah jahitan menjadi mahal sebab ingin menambah manik pink di atas chiffon yang beaded sudah. Mesti agak susah itu kerja, dan upahnya pun mesti sedikit mahal nanti dan saya tidak mahu ada berlebih pembaziran dalam majlis ini. Tapi Encik Jay asyik cakap “Tidak apa lah, tunang hanya sekali” Terima kasih ya, tenang sikit hati saya.
By end of this week, kain mesti sudah dihantar ke tailor untuk dijahit.Mesti! InsyaAllah.
Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.
Love,
Cinoi
*Hari ini di cinoi.com –> http://www.cinoi.com/2011/06/wordless-wednesday-5.html
1 comment:
lebih kurang mcm my cousin pnya
bju tunang kot tapi pink, memang
x ramai tailor sngup amek kain mcm ni kalau amek pon upah mahal.. cousin i aritu 400 kot dia chrge tp nasib
baik kain dia beli kat indon so mcm dah murah sket la kan
Post a Comment