28 days to the engagement
Last Saturday 25062011 (during the 35 days before the engagement) we finally sent our kain to tailor.
Ini pun paling susah decision mau buat. Lepas a week buat survey (ya 1minggu saja) aku menjerit-jerit kepada diri sendiri “Kenapa tiada orang bagitau kain yang cantik susah dijahit. kenapa aku tidak tau kain chiffon yang sangat licin, plus beaded lagi susah dijahit” Ahhhh. Ada yang tidak mahu terima sebab susah, ada yang kata tidak sempat, ada pula yang kata caj mahal sekali. Jadi aku fikir, aku mahu kain aku siap dijahit tepat pada masanya dengan selamat, tiada rosak pada kain. So kos sudah ditolak ketepi di situ, priority sekarang ialah siapa yang sanggup dan mampu jahit. Biar lahh bayar berapaaa pun asalkan bajuku siap dengan selamat.
Finally aku pilih Kak Watie d KK Plaza, butik pengantin. Aku pernah ada history buat korset dengan dia masa Ona kahwin last year (entah muat lagi ka tidak korset tu dengan penaikkan isi badan sekarang, eh tiba-tiba)
Both baju aku dan Encik Jay ada RM280 upah jahitannya *gulp* Biarlah. Encik jay kan cakap “Bertunang hanya sekali” balik-balik itu saja ayat diguna untuk menyenangkan hati sendiri. Lama-lama habis suda zat ayat tu, apa lagi yang ada untuk menyenangkan hatiku. Makanya ayat tu tidak boleh guna selalu, ada credit limit nya.
Fesyen baju kurung moden yang aku minta ialah
Tengok lah jadinya macam mana nanti. Dan sebenarnya aku mahu warna gabungan biru pink ala-ala Erra dan geng Dato Siti ni
Tapii. Kain aku kan kaler biru. At first aku mahu dijahit manik PINK di atas chiffon beaded biru tersebut. Kerana selendang aku ialah berwarna putih, bunga pink, manakala kain samping Encik Jay pula ialah putih pink juga.
Akan tetapi
- Suntuk. Ya masa yang suntuk. Sedangkan baru sabtu lalu pergi hantar kain. mau siap jahitnya bila. Mahu jahit maniknya bila.
- Aku beringat. Harga kain RM675. Upah Jahit RM280. Ah ah ah. Kalau tambah manik lagi kena tambah RM150, janjiku kan mau bersederhana. Jadi tidak mengapalah. Cukup lah selendang ku nanti dan samping Encik Jay nanti yang berwarna putih pink.
Kesian kakak ni nampak kecil gila akibat ke’giant’an aku & Encik Jay
*muka happy tableh nak cover la
Alhamdulillah selesai part kedua besar after cincin, iaitu part baju. Boleh fikir yang lain-lain pula.
Love
Cinoi xo
8 comments:
gila mahal! *menangis*
Yaaa. Kumpul duitt banyak22 =_='
bersedialah cinoi.. a long way to go.. menangis tengok duit keluar mcm paip pecah.. tp at the end of the day, ko mesti puas hati sbb ur big day comes once in a lifetime.. insyaallah :)
eh..nape namaku masih keluar homemadebyluna tu?? fuu~ mcm mane mau tukar name tu... help help.
haa.okay. baru sudah tukar! sorry la cinoi.. td punye name dan gmba seperti mau promo. haiya..
Aku tgh cuba bersedia tgk duit keluar mcm paip pecah la ni. In fact sudah rasa pun sedikit masa majlis tunang ni.
hi noi, butik kak watie di kk plaza tu di tkt brapa ya? saya ada kain chiffon manik juga mau minta di jahit. tp blum jumpa tailor yg sanggup mau jahit so far..
theme wedding i pink baby blue!! :)
Post a Comment