Thursday, November 22, 2012

Baju persalinan. Ecewah

 

Bismillah.

 

Sudah hampir 3 bulan usia perkahwinan eecehh baruuu la ingat sambung update kann lempang nakk?? Eheehehehehe. Mana tahu masih berguna.

Baju 01: Baju Nikah

IMG_6684Baju sendiri. Kain beli sendiri di Jakel. Design sendiri. Jahit je tak sendiri. Cuma baju kurung moden biasa. Tolonglah ada dinner party kah apa kah yang temanya putih, boleh aku pakai lagi. Macam biasa J&J Bridal yang jahit. Baju aku no problem. Baju suami big problem, maklumlah orang lose 16kg fat kan. berapa kali alter sampai Janjan cakap “eh ini bukan alter lagii neeee buat bajuu baru sudah ni, macam ukur orang lain pulaaaa” Kain baju suami ni aku beli dua kali, jahit berkali kali sebab kena buka semula hahahaha. Yang pertama tu salah beli. Hek! Bunga tangan tangkap muat saja.

 

 

Baju 02: Baju persalinan resepsi No.12

Ialah warna turquoise (susah gila mahu eja warna ni). Baju ni sangatlah berat sebab yang sebelah luar ni sampai ke bawah-bawah kaki tu sarat dengan manik berbentuk sfera berwarna turquoise, alaa yang bulat bulat biji biji macam guli kecil tu. Hah benda tu penuh sarat. Memang berat. Manik depan tu besar besar gedabak haihhh. Sangat lahh rozita che wan tau! Sebenarnya yang kurang di sini ialah aku lupa dipakaikan veil! HAAHAHAHAHAH. Padahal sepanjang hari tu aku text Janjan “jangan lupa veil mak ye noks” Hah benda yang aku remind banyak kali finally dia lupa pasang and aku pun tak sedar sekali. Sebok nak bersanding kan. Bersiap dekat hotel. Perjalanan ke dewan lagi sangat slow masa tu masih ta sedar veil tak pakai. Baju ini ialah baru, tapi aku cuma sewa, means baju sewa yang aku jadi orang pertama pakai, so tiadalah simpan baju tak berpakai banyak sangat kan, hilang rasa membazir dalam diri.

Bunga tangan di atas memang aku request mahu bunga yang panjang-panjang konon, last minit kakak aku pusing carik florist kan.

 

 

 

Baju 03: Baju Persalinan No.2herbalife bride

Is my idea. Tapi janjan yang jahit juga koo haaa. Dia juga yang mekapkan haku. Baju sewa juga, kira aku orang pertama yang pakai. Mujurlah dia faham design aku dan mengintrepetasikannya dengan lebih baik. Baju suami ialah dia punya sendiri jahit di tailor di KK, tailor yang memang jahit kot/suit. Segak nyaa suamiku hakhakhak.  Kasut ku sendiri. beli di KK Eh mana dah kasut tu eh.

 

 

 

Baju 04: Baju di majlis pengantin lelaki @ bertingkuang @ majlis menyambut menantu hantu. Eheh.herbalife brideBaju oleh Janjan juga. Yes aku angkut baju ni dari Sandakan ke Lahad Datu. Yang mekap aku pula sekutu si Janjan, Nita namanya, sebab Janjantak dapat nak outstation masa itew, Baju aku sewa juga dan seperti biasa orang pertama yang pakai. Baju ni pun tak kurang beratnya dari baju turquoise di atas. Sangat sangat berat dengan kain meleret.

Bunga tangan di atas memang mak mertua aku sudah tempah awal-awal bunga hidup. Segar dan wangi. Tapi ingat, bunga hidup sangat berat berbanding bunga tipu! Hahahahaha. True.

 

Itu saja. Orang Sandakan yang mahu contact number Janjan, boleh terus berhubung dengan saya 0177000171 email cinoi17@yahoo.com

Dan siapa yang curious bagaimana baju suami terpaksa di alter beberapa kali dengan extremenya kerana telah hilang 16kg dalam masa 3 bulan, juga boleh contact saya 0177000171, cinoi17@yahoo.com. ok.bye.

 

Love,

Cinoi isteri Jay. ok.

1 comment:

beaty said...

lawa oh noi.. rindy ni bila ningu ni gambar