Alhamdulillah kemarin kami berjaya HIV screening.
Kami buat HIV test di Klinik Ibu dan Anak Kampung Air, KK. Harus ingat ya tuan-tuan dan puan-puan, HIV screening cuma dibuat pada hari Selasa dan Khamis setiap minggu, pukul 2pm – 4pm sahaja. Klinik Kesihatan Luyang pun begitu.
Dan, HIV screening hanya valid selama 3 bulan sahaja, so jangan buat terlalu awal dari tarikh nikah.
Mulanya nurse tu tanya aku tinggal mana, aku jawab penampang, terus dia cakap “ehh jauhhnyaaa kau datang sini” Eh Ona bilang sini takramai orang saya pigi la sini. Eh Nosoob lah. Mana ada jauh. Saya limpas sini hari-hari, office saya jalan kaki pun boleh.
Mula aku yang masuk, lepas tu baru Jay. Sebelum kami sampai klinik ni Jay insist mahu Telesemia, aku cakap itu optional sahaja lah. Tapi bila masuk, nurse tu tanya aku mahu kah ujian Telesemia. Aku tiba-tiba excited sebab kena ambil darah banyak sikit dari HIV screening terus aku cakap “Ah, boleh lah Telesemia” tiba-tiba lepas ambil darah ku aku dengar dorang berbisik-bisik, susah lah, sebab aku ni jauh la nanti susah mau cari once dapat result which is usually after a month. Terus la aku menyampuk, call kan boleh, bukan cari di rumah, terus dia minta no phone aku hehe. Patut before dia tanya aku mahu kah ujian Telesemia, dia bagitahu lah itu bakal menyusahkan dorang jadi taklah aku bikin. Kalau ditanya mahu ka tidak, mesti la aku ni mahu seja. HAHAAHA.
Lepas tu bila Jay masuk, dia yang awal-awal insist mau test telesemia pula tak ambil test pun hahahaha tahapehape je main-main lah kita ni.
Proses di atas tu tidak sampai setengah jam pun. Kool kan aku siap ambil cuti half day terus balik tidur. Sssshhhh.
Jadi siap kami berdua HIV screening dan keduanya pass the test.
Dan tadi pula Jay hantar borang kebenaran kahwin dia ke MUIS KK, sebab dia consider berkahwin luar daerah, dia pakai lah alamat KK, option dia alamat KK tempat dia tinggal, atau Lahad Datu tempat dia asal. Mesti lah dia pilih KK senang mahu urus. Tapi orang di MUIS tolak dia ke Putatan, sebab alamat dia alamat Penampang (rumah kakak aku), sampai Putatan orang Putatan pula cakap patut dorang ikut alamat office kau, tolak dia balik ke MUIS. Orang yang tak sihat ni pun jadi panas lah kesian MUIS KK ke Putatan tu agak-agak lah kan.
InsyaAllah esok dia sudah boleh ambil balik borang dia tu dan nanti boleh lah aku bawa borang kami berdua ke Jabatan Agama Sandakan, ataupun ke daddy sahaja. Semua daddy urus. Daddy kool. Eh?
Jadi part borang ni sudah hampir selesai lah. YEay.
Eh tapi takboleh yeay sangat lah sebab ada lagi beberapa perkara yang menjadi issue nih harus disetelkan segera. Lain hari gua cerita.
Bye. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.
Love,
Cinoi xo
No comments:
Post a Comment