Tuesday, July 12, 2011

Besederhana Itu Lebih Baik

 

18 days to the engagement

Woahh. Less than 20 days already *panic*

Tentang dulang. So, as planned, Encik Jay akan bawa 3 dulang, saya akan balas sebanyak 5 dulang. Majlis tunang ni kami plan buat as simple as possible. Tarikh kawin most probably still far, so kami tidak bagi barang-barang hantaran dulu. Ada satu majlis hantaran akan dibuat mungkin sebulan sebelum kahwin nanti.

Untuk majlis tunang ni kami cuma bagi manisan. 5 dulang yang aku bagi tu ialah:-

  1. Kek (Kak Nani buat, my eldest sister)
  2. Cupcake (order di Calendar Cupcake,16pcs only, InsyaAllah harini)
  3. Buah (nanti di Sandakan baru beli)
  4. Coklat (Kak lini, 4th sis, beli di Labuan, Ferrero Rocher)
  5. Macarons (sudah order sebanyak 30pcs from Deidre in Sandakan)

The dulang at first Kak Lini suruh hantar saja orang buat, RM38/dulang. Which I think is expensive even though I can still afford tapi membazir (tidak mau jadi kawan syaitan ehe). So I thought, i want to do the dulang on my own. Lagi puas hati hasil kerja sendiri kan.

First and foremost, the dulang borrowed from Ona’s cousin, Amoi. Including the lapik. 4July haritu ambil di rumah Ona ;)IMG01902-20110704-2221 (1)

Tidak tahan menunggu hujung minggu, on Wednesday July 6th, aku pergi Leton, Segama. Beli bunga, gabus, 1 set, untuk try untuk 1 dulang sahaja dulu. And it turns out to be like thisIMG01929-20110706-1907

The next day, (Thursday July 7th)  petang selepas shooting, oleh kerana shoot dekat sahaja area Jesselton point, pergi semula ke Segama, beli bunga di Leton, gabus, ribbon and also a basket for the fruits.

Malam tu terus buat. Dan hasilnya lumayan juga. Puas hati dengan hasil tangan sendiri.2011-07-10 00.48.35The left one is for the cake, 100% completed. The right one is for the fruits, 67% completed.

Actually ada lagi 1 sudah siap juga, for the chocolate, hopefully I got the right size as my sister haven’t bought the chocolate so I am not really sure of the box size, I just do the dulang first (not in the picture)

In the meantime, the progress is slow, but still under schedule. Cause of a little bit delay is material, like gam UHU habis dan setiap kali pergi kedai lupa beli, dan masa. Yes, siang kerja, petang jog, huha huha hari sudah malam, perlu tidur untuk recharge tenaga.

Targeted to be finish by  July 22nd, before Aizat’s mini concert. *crossed finger*

Anyway, below are my work station picture. So far perbelanjaan cuma approximately RM72. I think I just need around RM20 more to finish everything. See how much I save? 2011-07-10 00.49.49

 

2011-07-12 14.54.19

Till then. Besederhana dalam dulang ehe.

 

Love,

Cinoi xo

Friday, July 8, 2011

The Sweet & Memorable Announcement

 

22 days to the engagement

 

Last night I’ve announced the engagement only to my close friends, bff. and most of them are me and Encik Jay mutual friends. Yes, me and Encik Jay are in the same circle of friends. Teeheeee.

I use our favourite picture of all time.

e day

 

Dan hari ini, pada jam ini 2.55pm, bilangan komen sudah mencecah 86 komen.

e day 1 

Ada yang sanagt-sangat gembira, ada yang surprise. Kawan-kawan saya memang ouhsem!

Gembira kamu? Saya lagi gembira. Tiadalah perkataan atau perbuatan yang boleh menyampaikan kegembiraan saya ini. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.

Special thanks to all my friends for your duaa and support, and for everything that we have shared all these years.

“The angry bird couple. Kehadiran tidak wajib - we're not coming. But our duaa always with you darling. Semoga dia menjadi kawan mu kahwin for life” – Fiona Hamidon, 2011

“Congrats to my high school friend & my childhood friend..” – Sheila Marie Gilbert, 2011

“Aku gembira sampai mau menangis pren..hehe..nice..=)” – Faiq, 2011

Di atas adalah antara komen-komen favourite aku. Thanks guys. You are ouhsem.  Encik Jay adalah di kalangan kamu juga, maka dia juga ouhsem (dan emsem) teeeeheeee.

Sabar kamu ya. Baru tunang. Doa-doa saja.

Love forever,

Cinoi

Saturday, July 2, 2011

Of Baju Tunang

 

28 days to the engagement

3 Last Saturday 25062011 (during the 35 days before the engagement) we finally sent our kain to tailor.

Ini pun paling susah decision mau buat. Lepas a week buat survey (ya 1minggu saja) aku menjerit-jerit kepada diri sendiri “Kenapa tiada orang bagitau kain yang cantik susah dijahit. kenapa aku tidak tau kain chiffon yang sangat licin, plus beaded lagi susah dijahit” Ahhhh. Ada yang tidak mahu terima sebab susah, ada yang kata tidak sempat, ada pula yang kata caj mahal sekali. Jadi aku fikir, aku mahu kain aku siap dijahit tepat pada masanya dengan selamat, tiada rosak pada kain. So kos sudah ditolak ketepi di situ, priority sekarang ialah siapa yang sanggup dan mampu jahit. Biar lahh bayar berapaaa pun asalkan bajuku siap dengan selamat.

Finally aku pilih Kak Watie d KK Plaza, butik pengantin. Aku pernah ada history buat korset dengan dia masa Ona kahwin last year (entah muat lagi ka tidak korset tu dengan penaikkan isi badan sekarang, eh tiba-tiba)

Both baju aku dan Encik Jay ada RM280 upah jahitannya *gulp* Biarlah. Encik jay kan cakap “Bertunang hanya sekali” balik-balik itu saja ayat diguna untuk menyenangkan hati sendiri. Lama-lama habis suda zat ayat tu, apa lagi yang ada untuk menyenangkan hatiku. Makanya ayat tu tidak boleh guna selalu, ada credit limit nya.

Fesyen baju kurung moden yang aku minta ialah

gabungan iniRizman Ruzaini 2

dengan inibaju kurung moden

 

Tengok lah jadinya macam mana nanti. Dan sebenarnya aku mahu warna gabungan biru pink ala-ala Erra dan geng Dato Siti ni

 Erra bluepink rizman ruzaini Siti bluepink rizman ruzaini

Tapii. Kain aku kan kaler biru. At first aku mahu dijahit manik PINK di atas chiffon beaded biru tersebut. Kerana selendang aku ialah berwarna putih, bunga pink, manakala kain samping Encik Jay pula ialah putih pink juga.

Akan tetapi

  1. Suntuk. Ya masa yang suntuk. Sedangkan baru sabtu lalu pergi hantar kain. mau siap jahitnya bila. Mahu jahit maniknya bila.
  2. Aku beringat. Harga kain RM675. Upah Jahit RM280. Ah ah ah. Kalau tambah manik lagi kena tambah RM150, janjiku kan mau bersederhana. Jadi tidak mengapalah. Cukup lah selendang ku nanti dan samping Encik Jay nanti yang berwarna putih pink.

 

Kesian kakak ni nampak kecil gila akibat ke’giant’an aku & Encik Jay

tailor baju tunang Tailor baju tunang *muka happy tableh nak cover la

 

Alhamdulillah selesai part kedua besar after cincin, iaitu part baju. Boleh fikir yang lain-lain pula.

 

Love

Cinoi xo