Friday, May 3, 2013

10 tahun. Tahun yang pertama

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya harini genap 8 bulan perkahwinan aku dengan kawan ku, Jay.

*************
Hehe. Ayat di atas aku tulis masa 25th April. So baru harini berkesempatan sambung semula.

Alhamdulillah 2013 ni adalah tahun ke 10 kami berkawan. Hehe.

I dan suami, kenal di LABUAN, masa MATRIKULASI tahun 2003. Seriously, aku tak ingat pun kali pertama kenal atau macam mana HA HA HA, yang aku tahu, kawan sekolah menengah aku is kawan sekolah rendah Jay, so macam dia termasuk dalam geng-geng kawan-kawan aku.

Kami jadi tersangat CLOSE masa tu siap tukar handphone lagi kau. Dah la sama – sama kurus kering masa tu (apa kaitan?) Ke mana-mana pun jalan sama, pergi jamming, lepak, makan, semualah, tidur je tak. Tapi TAK COUPLE pun bahahaahah. Sebab Jay tak cakap pun mahu couple dengan aku, best friend je. So okay, aku couple dengan orang lain BAHAAHAHAH.

Lepas aku couple dengan orang lain kami pun kawan je masih cuma tak close, lepas tu habis matrikulasi, lepas tu masing-masing masuk Uni masing-masing. Contact tru FRIENDSTER sahaja. heh friendster macam sudah tidak wujud kan?

Tahun berganti tahun, 2008, habis study. Balik SABAH. October 2008 kerja di Kota Kinabalu.

Lepas tu tunggu sambungan di next entry Winking smile

 

Love,

Cinoi Kassim

 

*Hopefully entry ni boleh distract kamu sekejap dari isu PRU ;p

Jangan lupa visit http://www.cinoi.com/