Showing posts with label Baju Tunang. Show all posts
Showing posts with label Baju Tunang. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Baju Siap!

 

4 days to the engagement

Finally hari ni siap juga baju! Alhamdulillah. Selepas  2kali EOT (Extension of Time)

Janji 23hb. Tidak siap juga. Janji Isnin (kemarin), pun belum siap.  Tadi aku sampai butik dia around 7.30pm. Belum siap. Aku tunggu sampai pukul10.30pm ambik kau. Finally siap dan aku puas hati dengan jahitan yang kemas.

IMG02211-20110726-2320

 

 

Semasa mentunggu baju siap tadi, aku keluar dari KK Plaza, dan jalan-jalan CP. Jumpa kasut yang memang aku berkenan gila yeay!!! Terus angkut malas mau tangguh. A’ah tunang bukan pakai kasut pun, duduk saja dalam rumah. Aku just ready mana tau mau photoshoot dekat luar. Lagipun kasut ni boleh pakai masa kahwin nanti InsyaAllah, tiada hal pakai dua kali.

 

 

IMG02213-20110726-2321

 

Ok. Itu saja buat malam ini.

 

Debaran makin terasa sampai kadang-kadang lemah jantung aku, aku rasa. Exaggerating lebeyyy.

 

Love,

Cinoi xo

Saturday, July 2, 2011

Of Baju Tunang

 

28 days to the engagement

3 Last Saturday 25062011 (during the 35 days before the engagement) we finally sent our kain to tailor.

Ini pun paling susah decision mau buat. Lepas a week buat survey (ya 1minggu saja) aku menjerit-jerit kepada diri sendiri “Kenapa tiada orang bagitau kain yang cantik susah dijahit. kenapa aku tidak tau kain chiffon yang sangat licin, plus beaded lagi susah dijahit” Ahhhh. Ada yang tidak mahu terima sebab susah, ada yang kata tidak sempat, ada pula yang kata caj mahal sekali. Jadi aku fikir, aku mahu kain aku siap dijahit tepat pada masanya dengan selamat, tiada rosak pada kain. So kos sudah ditolak ketepi di situ, priority sekarang ialah siapa yang sanggup dan mampu jahit. Biar lahh bayar berapaaa pun asalkan bajuku siap dengan selamat.

Finally aku pilih Kak Watie d KK Plaza, butik pengantin. Aku pernah ada history buat korset dengan dia masa Ona kahwin last year (entah muat lagi ka tidak korset tu dengan penaikkan isi badan sekarang, eh tiba-tiba)

Both baju aku dan Encik Jay ada RM280 upah jahitannya *gulp* Biarlah. Encik jay kan cakap “Bertunang hanya sekali” balik-balik itu saja ayat diguna untuk menyenangkan hati sendiri. Lama-lama habis suda zat ayat tu, apa lagi yang ada untuk menyenangkan hatiku. Makanya ayat tu tidak boleh guna selalu, ada credit limit nya.

Fesyen baju kurung moden yang aku minta ialah

gabungan iniRizman Ruzaini 2

dengan inibaju kurung moden

 

Tengok lah jadinya macam mana nanti. Dan sebenarnya aku mahu warna gabungan biru pink ala-ala Erra dan geng Dato Siti ni

 Erra bluepink rizman ruzaini Siti bluepink rizman ruzaini

Tapii. Kain aku kan kaler biru. At first aku mahu dijahit manik PINK di atas chiffon beaded biru tersebut. Kerana selendang aku ialah berwarna putih, bunga pink, manakala kain samping Encik Jay pula ialah putih pink juga.

Akan tetapi

  1. Suntuk. Ya masa yang suntuk. Sedangkan baru sabtu lalu pergi hantar kain. mau siap jahitnya bila. Mahu jahit maniknya bila.
  2. Aku beringat. Harga kain RM675. Upah Jahit RM280. Ah ah ah. Kalau tambah manik lagi kena tambah RM150, janjiku kan mau bersederhana. Jadi tidak mengapalah. Cukup lah selendang ku nanti dan samping Encik Jay nanti yang berwarna putih pink.

 

Kesian kakak ni nampak kecil gila akibat ke’giant’an aku & Encik Jay

tailor baju tunang Tailor baju tunang *muka happy tableh nak cover la

 

Alhamdulillah selesai part kedua besar after cincin, iaitu part baju. Boleh fikir yang lain-lain pula.

 

Love

Cinoi xo

Wednesday, June 22, 2011

Chiffon Beaded

38 days to the engagement

Kemarin, Alhamdulillah, kami sudah pun membeli kain untuk dibuat baju yang dipakai time tunang nanti. Yeay!! Cewaahh ayat. Sebenarnya aku rasa awkward gila menulis ni knowing that no one will read this until someday when i decide to make this blog public. Ha ha. Apa-apa la Cinoi. Dan sebenarnya aku belum pun bagitau Encik Jay tentang kehadiran blog ni, surprise konon.Kain Tunang Jakel 6   

Ok. termasuk kemarin ada 3 kali suda mungkin kami ke Jakel. Finally kemarin baru beli betul-betul. Banyak pilihan. Aku pilih chiffon beaded warna tiffany blue yang memang datang 1 kayu. Means 1 kayu tu 4 meter sahaja.

1 set ada chiffon beaded 4m, satin lining 4m dan satin untuk buat baju melayu lelaki 4.5m. Walaupun harganya agak tinggi juga bagi aku, tapi puas hati, kan Encik Jay. Lagipun Encik Jay cakap, bertunang ni sekali saja seumur hidup. Baiklah! Hilang terus rasa bersalah membeli kain mahal.Kain Tunang Jakel 4

Kain sudah dibeli. Tempat menjahit belum decide lagi. Petang ni lepas kerja aku & Encik Jay plan mau survey kedai-kedai dan harga upah jahitan di KK Plaza. Lagipun kan aku mau tambah manik warna pink atas kain tu. Sebab mau tema biru pink konon. Encik Jay akan pakai samping kaler putih pink. Selendang aku putih pink. So untuk kasi nampak sedikit lagi pink, aku berhasrat mahu tambah manik pink di atas kain chiffon beaded tersebut. Kain Tunang Jakel 5

Aku sebenarnya takut juga upah jahitan menjadi mahal sebab ingin menambah manik pink di atas chiffon yang beaded sudah. Mesti agak susah itu kerja, dan upahnya pun mesti sedikit mahal nanti dan saya tidak mahu ada berlebih pembaziran dalam majlis ini. Tapi Encik Jay asyik cakap “Tidak apa lah, tunang hanya sekali” Terima kasih ya, tenang sikit hati saya.

By end of this week, kain mesti sudah dihantar ke tailor untuk dijahit.Mesti! InsyaAllah.

Kain Tunang Jakel 1

 

Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

 

Love,

Cinoi

 

*Hari ini di cinoi.com –>  http://www.cinoi.com/2011/06/wordless-wednesday-5.html